Pengenalan
Taekwondo merupakan sukan tempur yang terkenal malah mendapat tempat di sukan olimpik. Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah mengiktiraf taekwondo sebagai unit beruniform di dalam kokurikulum. Jika anda ingin menyertai kelab taekwondo sama ada di sekolah mahupun di luar, berikut adalah antara kos yang perlu diambil kira:
- Yuran Tahunan
- Yuran Bulanan
- Pakaian Seragam
- Ujian Kenaikan Tali Pinggang
Secara umumnya, aliran Taekwondo terbahagi kepada 2 iaitu World Taekwondo (WT) dan International Taekwondo Federation (ITF). WT dan ITF mungkin berbeza dari gred tali pinggang, formasi pergerakan (taegeuk) serta peraturan perlawanan. Memandangkan saya belajar dari kelab di bawah WT (Koryo & TYC Taekwondo Club ), maka segala pengalaman dan penilaian saya tidak melibatkan kelab di bawah ITF.
Belt & Grading
Dalam seni pertahanan diri ini, terdapat 9 gred asas iaitu bermula dari gred 9, gred 8, gred 7 hinggalah gred 1. Pelajar akan bermula tanpa gred (white belt) dan menjalani latihan asas blocking, punching dan kicking. Pelajar kemudiannya akan dibenarkan untuk mengikuti ujian kenaikan tali pinggang (grading) atas saranan jurulatih. Kalau pelajar tu cepat belajar, boleh je setahun 3 kali grading. 😜 Kalau perform masa ujian grading, ada peluang untuk lompat tali pinggang juga, contohnya dari Biru 2 ke Merah 2.
p/s: saya dapat lompat 2 kali masa belajar dulu ✌ (6th to 4th & 4th to 2nd)
- 9th grade (taegeuk 1) - Kuning 1
- 8th grade (taegeuk 2) - Kuning 2
- 7th grade (taegeuk 3) - Hijau 1
- 6th grade (taegeuk 4) - Hijau 2
- 5th grade (taegeuk 5) - Biru 1
- 4th grade (taegeuk 6) - Biru 2
- 3rd grade (taegeuk 7) - Merah 1
- 2nd grade (taegeuk 8) - Merah 2
- 1st grade (koryo) - MerahHitam / Hitam (Dan)
Taegeuk 1
Bermula dari gred 9, pelajar perlu mempelajari serta menghafal taegeuk 1-8 iaitu formasi pergerakan dan silibus semakin sukar apabila naik gred. Pelajar yang telah mencapai 1st grade sebelum berumur 13 tahun perlu memakai tali pinggang berwarna merah hitam dan boleh menerima tali pinggang hitam apabila mencapai 13 tahun. Perjalanan mempelajari taekwondo tidak terhenti setakat 1st Dan sahaja kerana anda boleh menyambung sehingga ke 9th & 10th Dan namun ia bukanlah perkara yang mudah. Ia juga dinilai melalui pencapaian serta sumbangan kepada Taekwondo di peringkat kelab, persatuan malah antarabangsa.
World Taekwondo & International Taekwondo Federation
Kelebihan
Dengan menyertai taekwondo, selain menjadi atlet, pelajar juga akan didedahkan dengan tatacara menjadi pengadil, jurulatih dan pengurusan majlis atau acara. Ini membuka peluang kepada mereka untuk meraih peluang pekerjaan berdasarkan pengalaman mereka. Tambahan pula, mereka juga berpeluang melibatkan diri dalam acara kebangsaan mahupun antarabangsa.
Baiklah, setakat di sini saja perkongsian saya mengenai perkara asas dalam taekwondo. Untuk perkongsian berikutnya, saya akan kongsikan tentang kategori kejohanan yang diadakan dalam taekwondo.
Stay tune~
berapak yuran setiap kali kenaikan tali pinggang
BalasPadam